Petua 1 - Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam.
Petua 2 - Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan.
Petua 3 - Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari.
Petua 4 - Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan.
Petua 5 - Minum air teh dan campuran limau nipis atau limau kasturi tanpa gula setiap hari.
No comments:
Post a Comment