Tuesday, May 31, 2011

Beware Of The Serial Acid Splasher In KL

Sekarang ini penduduk lembah klang berada dalam suatu suasana yang menakutkan dengan timbulnya orang yang tidak bertanggungjawab, tidak bermoral atau mungkin kurang siuman dengan menyimbah asid keatas orang ramai.  

2 March - Lapan murid darjah 4 dan 6 serta guru SK Bukit Bandaraya Bangsar disimbah acid oleh seorang penungang motosikal.

24 March - Dua executive pemasaran disimbah acid semasa mereka sedang berjalan di Jalan Tun Sambanthan pada jam 5.30 petang.

25 March - Seorang guru sejarah berumur 25 tahun disimbah acid semasa dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Sultan Abdul Samad pada jam 7.00 pagi.

26 March - Seorang rakyat Perancis dan rakan wanita yang sedang berjalan di Jalan Conlay pada jam 3.00 petang menjadi mangsa yang ke 13 dan 14 dalam siri di simbah acid. 

2 April - Seorang wanita berusia 27 tahun dan anak saudara perempuan berusia 18 tahun diserang dengan disimbah acid oleh dua orang yang menaiki motosikal pada jam 9.00 malam.

6 May - Dua wanita yang sedang berjalan di Jalan Pudu pada jam 9.00 malam disimbah acid dari arah belakang oleh seorang penungang motosikal.

6 May - 30 minit selepas serangan pertama, seorang peguam diserang dengan disimbah acid di tempat letak kereta pusat membeli belah The Mall di Jalan Putra.

7 May - Seorang wanita dengan anaknya berusia setahun yang sedang berdiri dihadapan rumah di Persiaran Titiwangsa di baling dengan botol yang berisi acid pada jam 3.00 petang. 


Haiwan yang bertopengkan manusia yang menggangu ketenteraman awam dengan menyimbah acid ini, menaiki motosikal jenis honda EX5 yang mempunyai bakul dihadapan.

Wajah Suspek Keparat
View Image
Contoh Honda EX5
Langkah langkah keselamatan sebagai pencegahan
 
Semasa berjalan sebaiknya melawan arus (against the traffic) dengan cara ini peluang untuk berwaspada lebih cerah sebab setiap pergerakan yang mencurigai dapat dilihat dihadapan mata.
 
Elakkan berjalan ditepi jalan kerana akan menjadi target mudah.

Penggunaan payung semasa berjalan mungkin ada baiknya. 
 
Memakai baju tambahan seperti inner tshirt atau mungkin jacket.
Air adalah cara rawatan awal yang paling berkesan. Mungkin ada baiknya dengan biasakan diri berjalan dengan membawa sebotol mineral water.

 
 
Semua orang tidak mahu kejadian buruk ini berlaku kepada orang yang disayangi. Membiarkan sahaja polis mencari si binatang ini tidak mencukupi. Sebaiknya orang ramai memberi atau melapurkan setiap pergerakan yang mencurigakan.

 
 

No comments:

Post a Comment